Posts

Showing posts from October, 2018

HIKMAH HALAL TOYYIBAN DALAM MAKANAN

Halalan Toyyiban berkait rapat dengan Iman dan Takwa. Pengambilan makanan yang halal lebih baik berbanding yang haram. Menjamin fizikal, emosi, dan spritual kesihatan. Hasil makanan yang halal dapat memberikan kententeraman jiwa. Ibadah akan diterima oleh Allah S.W.T dan doa akan dimakbulkan-Nya

ANTARA APLIKASI KONSEP HALALAN TOYYIBAN DI DALAM PASARAN MAKANAN.

PREMIS DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN PENYEDIAAN MAKANAN PENYELENGARAAN DAN SANITASI. CONTOHNYA ; BANGUNAN DAN KAWASAN PERSEKITARAN HENDAKLAH SELALU DIPERIKSA BAGI MENGESAN SEBARANG KEWUJUDAN SERANGGA PEROSAK. PROGRAM KEBERSIHAN. CONTOHNYA ; PROGRAM-PROGRAM PEMBERSIHAN DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN SEMUA BAHAGIAN BANGUNAN DIBERSIHKAN DENGAN BETUL TERMASUKLAH PERALATAN PEMBERSIHAN, PENGURUSAN SISA CECAIR DAN PENGURUSAN BAHAN.

CIRI-CIRI MAKANAN HALALAN TOYYIBAN

Memilih makanan yang halal yang mana ianya bersih dari segi rupa, bau, dan zatnya. Makanan yang berbentuk daging mestilah melalui penyembelihan yang sah dan tepat. Pemilihan makanan yang berkhasiat, segar dan baru.

KONSEP HALALAN TOYYIBAN

Kata terbitan daripada perkataan toyyib yang bermaksud sesuatu yang baik dan suci. Menurut Ibnu Kathir dan As-Sabuni (ulama tafsir) 'halal' merujuk kepada apa yang dihalalkan oleh Allah S.W.T dan 'Toyyiban' ialah sesuatu yang dihalalkan dan diambil mengikut keadaan kesihatan seseorang.

KATEGORI MAKANAN

MAKANAN YANG HALAL MAKANAN YANG HARAM MAKANAN YANG BUKAN HALAL ATAU HARAM (SYUBHAH) MAKANAN YANG HALAL  HAIWAN DARAT  HAIWAN AIR  HAIWAN AMFIBIA MAKANAN YANG HARAM BANGKAI DARAH DAGING BABI HAIWAN YANG TIDAK DISEMBELIH KERANA ALLAH MAKANAN YANG SYUBHAH MAKANAN YANG DIRAGUI STATUS HALAL DAN HARAM. JIKA MERAGUI HUKUM HALAL MAKANAN TERSEBUT, LEBIH BAIK MENINGGALKANNYA DARIPADA TERJATUH KE DALAM HUKUM HARAM JIKA MENGAMBILNYA.  MENGAMBIL SIFAT WARAK ; MENGAMBIL SIFAT BERHATI-HATI KERANA TAKUT TERLIBAT PADA PERKARA YANG HARAM.

KONSEP MAKANAN DAN MINUMAN MENURUT ISLAM

Konsep makanan dan minuman dalam islam menggariskan konsep halal dan haram makanan dan minuman yang diambil. Ini bertujuan menjaga lima perkara asas bagi umat islam iaitu memelihara agama, akal, nyawa, harta, keturunan dan mengekalkan integrasi serta maruah sebagai seorang muslim.

DEFINISI MAKANAN

Makanan bermaksud bahan seperti tumbu-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh makhluk hidup untuk membekalkan tenaga dan nutrisi. Bahasa arab, makanan disebut at'imah, iaitu kata jamak kepada ta'am yang memberi pengertian segala yang dimakan bagi mendapatkan kekuatan badan.